NIOSH merupakan sebuah Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (IKKPN) ingin mempelawa semua pembekal tempatan yang berminat dan mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu mendaftar sebagai pembekal NIOSH secara dalam talian.
Berikut adalah syarat-syarat untuk berdaftar sebagai pembekal NIOSH:
- Semua pembekal disarankan untuk menggunakan emel rasmi.
- Pendaftaran Akaun Pembekal adalah tertakluk kepada maklumat pembekal yang telah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi jenis perniagaan/syarikat ROB atau ROC.
Sebarang perubahan atau pertikaian terhadap maklumat pembekal, sila rujuk dan kemaskini di SSM terlebih dahulu sebelum mendaftar di sistem e-Pembekal NIOSH.
- Pembekal hendaklah memastikan maklumat yang diisytiharkan adalah benar. NIOSH mempunyai hak untuk mengambil tindakan sekiranya maklumat yang diisytiharkan didapati tidak benar.
- NIOSH berhak untuk memanggil atau tidak pembekal yang berdaftar atas sebab-sebab tertentu.
- Syarikat-syarikat yang mendaftar dengan NIOSH tidak boleh dianggap sebagai agen atau syarikat yang disyorkan oleh NIOSH.